PANDUAN 3 : PROSES KAJIAN (( mencari, memilih, menilai )) ( 05/09/08 )  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Pada tahap ini saya telah pun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Dalam kajian ini saya perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan sepertimana yang dikehendaki. Setiap blog mempunyai peranan sendiri dan di antaranya :

  1. Blog peribadi/personal (optional ).
  2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (proses kajian dan refleksi metakognitif ).
  3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
  4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk (pemikiran kreatif)

Penyelia menasihatkan kepada saya dan rakan-rakan agar jangan terlalu menekankan soal estetika atau rekabentuk blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut :

  1. Tugas pada ketika ini adalah untuk membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
  2. Mencari, memilih dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
  3. Mencari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk sama ada dalam bahasa Melayu, indonesia dan english.
  4. Perlu menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan anda membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria.
  5. Seterusnya buat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan standard pemikiran.
  6. Semasa proses ini dijalankan anda boleh create satu blog yang khusus dengan menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan. Kerana anda akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda. (ini yang dikatakan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk anda)
  7. Semasa anda menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, anda juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa anda membangunkan blog tentang tajuk anda ia tidak diulangi. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.

(( Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini.))

This entry was posted on 10:23 PTG . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Langgan: Catat Ulasan (Atom) .

0 ulasan

Catat Ulasan