HARI YANG DINANTI SUDAH TIBA...27/11/08  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Hari yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Seram sejuk rasanya bila nak bentang. Tak tahulah apa yang akan berlaku. Moga-moga semuanya berjalan dengan lancar. banyak soalan yang ditanya penyelia, nasib baik dapat jawab.Tapi bila selesai sahaja pembentangan, lega rasanya. Sekarang ni kena buat aktiviti komentar ke atas blog-blog ilmiah rakan-rakan. Lepas ini kenalah selalu up date, soft copy pun perlu dihantar melalui e-mail yang disediakan. Sampai di sini sahaja cerita hari ini.

BENTANG DULU..21/11/2008  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Hari ini beberapa rakan akan membentangkan blog masing-masing lebih awal disebabkan telah membeli tiket balik kampung awal. Nasib baik penyelia spoting nak buat pada tarikh ini. Banyak lagi rupanya kekurangan blog yang telah dibuat setelah mendengar komen dari penyelia tentang :

  1. analisis perlu dibuat setiap satu persatu yang mana kena terangkan apakah sebab laman-laman web tidak memenuhi kriteria tersebut.
  2. buat penerangan kepada peratus secara keseluruhan untuk setiap kriteria yang sembilan itu.
  3. mana-mana blog p&p yang ada meletakkan gambar penyelia diminta supaya tidak memaparkannya lagi.
  4. sumber rujukan bagi isi kandungan blog perlu disertakan.
  5. dan lain-lain.
Semua ini kalau dilihat nampak sikit sahaja, akan tetapi secara realiti agak banyak dan memerlukan kesabaran untuk manyiapkannya. Masa yang diberi sehingga tarikh pembentangan yang sebenar iaitu 27-28/11/2008.

PANDUAN LAPORAN BERTULIS  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Bertemu lagi, hari ini 16 November 2008, penyelia telah upload panduan laporan bertulis kepada semua rakan-rakan pembina blog. Laporan ini perlu di sertakan sekali semasa pembentangan dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 27-28 November 2008, jarak masa beberapa hari selepas peperiksaan final yang terakhir pada 19 november 2008 yang lepas, segala gerak kerja perlu dimulakan bagi mengelak sebarang masalah yang boleh menjadi halangan. Perlu pastikan blog yang dibina itu sudah siap dan fokus akan beralih kepada membuat laporan yang dikehendaki. Jadi usaha perlu diteruskan untuk memenuhi panduan tersebut.

BENTANG PERKEMBANGAN BLOG MASING-MASING ( 21/10/08 )  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB


Hari ini kena bentang perkembangan pembinaan blog. Ada juga rakan yang sepatutnya bentang tetapi mereka tidak hadir. Mungkin mereka ada perkara yang perlu diselesaikan pada masa itu. Takut juga sebelum bentang, sebab blog saya masa tu masih lagi tidak lengkap. Tetapi kena bentang juga, boleh dikatakan salah sendiri sebab asyik tangguh je. Malam semalamnya saya sepatutnya dah siap sedikit, disebabkan kemudahan wireless di kolej kediaman tidak berapa lancar. Setakat ini blog saya hampir siap bagi blog utama, yang lain masih dalam progress. Seorang demi seorang ke depan dan bentang. Semua blog yang ditayangkan mendapat feedback yang baik daripada penyelia. Katanya pelajar di bawahnya semakin mahir dalam penggunaan teknologi ini dan itu adalah permulaan yang baik, memberi semagat kepada saya dan rakan-rakan untuk terus membuat yang terbaik supaya hasilnya nanti boleh digunakan oleh pelayar-pelayar internet di luar sana terutamanya pelajar sekolah yang sentiasa aktif mencari bahan-bahan sampingan yang boleh diguna pakai oleh mereka. Yang penting ada hasilnya.

DOWNLOAD BORANG PENILAIAN ( 15/09/08 )  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Setelah diberi tempoh oleh penyelia www.3metaku.com . dan juga selesai membuat ANALISIS KENDIRI dan menghantar keputusannya. Langkah seterusya seterusnya saya diminta untuk lakukan PENILAIAN KENDIRI selepas mempelajari STRATEGI METAKU.
Seterusnya, saya perlu mendownload boring penilaian berkenaan laman web metaku tersebut untuk penambahbaikkan dari semasa ke semasa. Ini adalah link untuk mendownload borang tersebut :
http://groups.yahoo.com/group/ilmiah2008/files/borang%20penilaian%20metaku/borang%20penilaian%20pengguna%20metaku.doc

apabila selesai mengisi boring, saya perlu Rename fail atas nama sendiri untuk dihantar melalui emel yang tersedia ada.

PANDUAN 4 : STRATEGI METAKOGNITIF ( 09/09/08 )  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk saya menggunakan strategi metakognitif - pelajari kandungan laman web Metaku:

www.cahtma.com/metaku/index64.html

saya hendaklah mendaftar sebagai pengguna. seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dan keputusan perlu dikemukakan kepada penyelia melalui yahoo group.

Saya diberi tempoh untuk mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari tarikh ini (16 sept 08).

Penyelia juga akan menghantar email borang penilaian penggunaan laman web Metaku sebelum 16 sept.

KEMASKINI LINK UNTUK BLOG  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Semua pelajar di bawah penyeliaan Dr Hjh Siti Fatimah dan Dr Saemah perlu mengemaskini semula link untuk blog masing-masing supaya mudah dipantau dari semasa ke semasa. Untuk lebih mudah, kami dinasihatkan meletakkan link-link tersebut di dalam satu folder dan dituliskan nama dan nombor matrik untuk dihantar melalui e-mail ke Yahoo group yang disediakan. Terdapat empat link yang perlu dihantarkan.semua diminta untuk menghantar dengan kadar segera supaya tidak terbeban dengan tugas-tugas lain kelak.

PANDUAN 3 : PROSES KAJIAN (( mencari, memilih, menilai )) ( 05/09/08 )  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Pada tahap ini saya telah pun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Dalam kajian ini saya perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan sepertimana yang dikehendaki. Setiap blog mempunyai peranan sendiri dan di antaranya :

  1. Blog peribadi/personal (optional ).
  2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (proses kajian dan refleksi metakognitif ).
  3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
  4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk (pemikiran kreatif)

Penyelia menasihatkan kepada saya dan rakan-rakan agar jangan terlalu menekankan soal estetika atau rekabentuk blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut :

  1. Tugas pada ketika ini adalah untuk membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
  2. Mencari, memilih dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
  3. Mencari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk sama ada dalam bahasa Melayu, indonesia dan english.
  4. Perlu menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan anda membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria.
  5. Seterusnya buat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan standard pemikiran.
  6. Semasa proses ini dijalankan anda boleh create satu blog yang khusus dengan menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan. Kerana anda akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda. (ini yang dikatakan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk anda)
  7. Semasa anda menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, anda juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa anda membangunkan blog tentang tajuk anda ia tidak diulangi. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.

(( Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini.))

PANDUAN 2 : PROSES KAJIAN ( 05/08/08 )  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB


Ini adalah apa yang dikehendaki serta arahan penyelia keatas apa yang perlu saya lakukan :

· Kajian yang dijalankan hendaklah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang dipilih serta berkaitan dengan bidang pendidikan masing-masing sama ada pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran. Blog digunakan bertujuan untuk memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah saya cari, pilih, nilai dan akan digunakan dalam tajuk-tajuk yang saya pilih. Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.

· Berikut adalah langkah-langkah atau panduan yang telah disediakan oleh penyelia perlu dihadapi bagi membantu saya dan rakan-rakan dalam proses pembinaan blog ini :

  1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog, objektif pembelajaran).
  1. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian. Perlu buat blog tentang proses dalam melaksanakan kajian - refleksi metakognitif ketika melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini anda perlu mempelajari kemahiran membuat blog.
  1. Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan Dr Saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajarna dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan ukm. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim darul izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke kemboja anda boleh uruskan, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.
  1. Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.
  1. Dalam proses menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini agar kami dapat memantau kajian anda.
  1. Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.
(( semua aktiviti berkenaan blog ilmiah ini akan dipantau oleh penyelia iaitu Dr Hjh Siti Fatimah dan Dr Saemah ))

PANDUAN 1 : PERANCANGAN & PELAKSANAAN KAJIAN: ( 02/08/08 )  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Memang benar apa yang dinyatakan oleh penyelia bahawa penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan satu cabaran serta dugaan kepada guru-guru dan juga bakal guru. Kalau nak cari maklumat mungkin mudah tetapi sukar untuk memastikan yang mana satu lebih sahih dan boleh digunapakai berbanding dengan hasail-hasil pencarian yang diperolehi dalam laman web tersebut. Sebagai guru atau bakal guru, kita perlu membuat perancangan yang terbaik untuk memilih, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran agar ianya akan menjadi lebih efisyen. Kemahiran berfikir perlu dikuasai supaya tidak tersalah pilih maklumat, takut-takut kalau ianya tidak sahih akan memberi impak kepada pelajar seterusnya kepada pengajaran dan pembelajaran kita yang berkemungkinan ianya akan terjejas. Apa yang diharapkan adalah perlu diwujudkan satu sistem penganalisis dan penilaian terhadap maklumat di laman web dapat memberitahu akan kesahihan sumber maklumat tersebut dan ianya boleh digunakan dan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Komponen yang saya perlu ada untuk kajian ini di mana saya perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti

    1. Komputer dalam Pendidikan.
    2. Psikologi Pendidikan.
    3. Teknologi Pendidikan.
    4. Pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah pendidikan islam / alquran.
    5. Pengukuran Penilaian.
    6. Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan ( ilmu tambahan – standard pemikiran ) akan dipantau oleh Dr. Saemah dari semasa ke semasa.

Tajuk yang telah saya pilih:

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( BERIMAN DENGAN KITAB )

REFLEKSI P&P MENGGUNAKAN ICT ( 12/Mei/08 )  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB


Assalamualaikum. ...

Pemerhatian saya terhadap pengajaran pembelajaran menggunakan ICT, Banyak perkara yang boleh kita kongsi bersama.

KEKUATAN

1. Proses P n P dijalankan suasana yang menarik dan pelajar tidak rasa bosan.

2. Memudahkan guru di dalam menyediakan nota dan bahan bantu mengajar.
3. P n P akan menjadi lebih berkesan dan bersistematik.

KELEMAHAN

1. Masalah ketiadaan internet semasa P n P berjalan.
2 . Pelajar akan mengambil kesempatan untuk meneroka ke laman web yang tidak sepatutnya.
3. Guru tidak tahu sama ada semua pelajar member tumpuan kepada pelajaran yangt diajar.

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

1. Sistem ICT perlu di pertingkatakn dari masa ke semasa..
2.Guru hendaklah mengawal kelas dengan baik semasa proses p n p .
3. Penyusunan semula sebarang permasalahan terhadap penggunaan makmal computer supaya guru yang menggunakan makmal tidak bertembung sesame mereka..
4. Penggunaan wireless terutamanya di dalam kelasa agar memudahkan guru untuk melayari internet.
5. Guru hendaklah membuat aktiviti PnP yang pelbagai.


BATASAN DAN KEKANGAN

1. Sikap pelajar yang sukar di duga.
2. Kurang kerjasama antara guru praktikal dengan guru sekolah tersebut.

PROSUDER KEAKTIFAN ( 08 Mei 2008 )  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Penyelia mahu saya dan rakan-rakan perlu sentiasa alert dan aktif di dalam yahoo group yang disediakan penyelia. Kami semua galakkan sentiasa berhubung dan berkongsi pendapat atau cadangan yang baik untuk dikongsikan bersama serta dapat membantu rakan-rakan menyumbang idea-idea yang bernas, berkongsi kemahiran dan juga memberi motivasi membangun kepada rakan. Ini dapat membina perhubungan yang lebih akrab dan dengan itu akan melancarkan proses pembinaan blog masing-masing sepertimana yang dikehendaki. Pemantauan oleh penyelia dibuat dari semasa ke semasa dan menegaskan supaya berkerjasama dalam satu pasukan. Apa-apa keraguan boleh berjumpa dengan penyelia masing-masing. Dalam kajian ini pada umumnya merupakan integrasi beberapa disiplin ilmu yang telah saya pelajari Komputer dalam Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Kemahiran berfikir dalam Pendidikan, Kurikulum dan Pedagogi, Kaedah pengajaran (mengikut pengkhususan masing-masing), Pengukuran dan Penilaian, Asas Penyelidikan Pendidikan, Teknologi Pendidikan dan Ilmu kandungan pengkhususan masing-masing (Pendidikan Islam/Pendidikan AlQuran). Apa yang diharapkan oleh penyelia adalah saya dapat mengintegrasikan kesemua disiplin ilmu supaya ianya menjadi ilmu yang bermanfaat dan berguna di masa-masa yang akan datang. Sepertimana apa yang terkandung di dalam Falsafah UKM iaitu “ Paduan antara Iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti.

Selain itu, saya dan rakan-rakan perlu mencipta folder masing-masing dengan meletakkan
nama penuh (bukan samaran) dan nombor matrik. Folder ini akan menjadi web-portfolio atau digital portfolio, di mana penyelia akan memantau setiap laporan kajian. Kami juga diminta agar dapat membuat pentaksiran portfolio antara satu sama lain. Cara-cara untuk membuat folder tersebut juga diberi iaitu :

  1. Klik Files pada menu sebelah kiri.
  2. Create Folder.
  3. Tidak perlu letak apa-apa pada ruangan Description.
  4. Buka folder masing-masing, dan upload sebarang bahan yang berkaitan
    dengan kajian ilmiah.

Semua in akan jadi mudah bila kita semua bergabung didalam satu pasukan. Walau sukar mana pun, ia akan tetap dapat diselesaikan. Tidak semestinya selesai dalam masa yang singkat tetapi ia tidak jadi mustahil.

OBJEKTIF KAJIAN ( 08 Mei 2008 )  

Posted by: ABDUL RAHIM BIN TALIB

Pada tarikh ini, saya diminta oleh penyelia untuk memulakan proses membina blog seperti mana yang diminta oleh penyelia. Bermula dari tidak tahu apa-apa pun cara untuk membina blog sehinggalah saya dapat memahami cara untuk membinanya. Di antara objektif yang telah ditetapkan ialah saya perlu mencari, menganalisis serta perlu juga menilai sumber-sumber maklumat yang datangnya dari laman web yang bersesuaian dengan tajuk yang telah saya pilih. Ini adalah sangat penting kerana ia akan dapat memberikan kita lebih banyak input dari laman-laman web tersebut. Penting juga isi kandungan yang ada perlu dianalisis dan nilai agar tidak menimbulkan keraguan kepada pelawat yang melayari laman blog yang saya sediakan. Selain itu, saya juga perlu menghasilkan satu strategi pencarian, penganalisisan dan juga strategi penilaian bahan-bahan sumber maklumat yang canggih dan mantap yang boleh dijadikan sebagai panduan dapat membantu para guru dan juga pelajar-pelajar sekolah. Ini dapat membantu memudahkan guru mengajar seterusnya mengambil maklumat untuk dijadikan sebagai maklumat tambahan untuk pelajar di sekolah. Di dalam blog ini, saya perlu membina modul hendaklah berasaskan weblog yang dibina bagi pengajaran dan pembelajaran terhadap tajuk yang saya pilih iaitu BERIMAN KEPADA KITAB mengintegrasikan sumber maklumat yang dipilih daripada hasil proses menilai maklumat-maklumat yang berkaitan tajuk dari laman-laman web yang ada. Itu adalah di antara objektif yang perlu ada di dalam blog saya sebagaimana yang dikehendaki oleh penyelia.